search

DESTINASI TERBAHARU PELANCONGAN

Written by Super User. Posted in Berita Terkini

 TASIK BERIS

Tasik Beris mempunyai keistimewaan dan tarikan tersendiri iaitu mempunyai pemandangan panorama yang indah dikelilingi oleh rangkaian bukit-bukau dan kawasan hutan simpan semulajadi. Ia terletak hampir 17km dari Pekan Sik dan ia mudah dihubungi melalui jalan Sik - Gulau.

Aktiviti - aktiviti yang giat dijalankan di Tasik Beris ialah aktiviti memancing berkayak, berakit, bersiar-siar di sekeliling tasik, jungle treking. Selain itu, program motivasi dan aktiviti perkhemahan sering diadakan di kawasan Tasik Beris dengan adanya kelengkapan dan kemudahan asas seperti tapak perkhemahan , chalet, surau, taman permainan kanak-kanak dan tandas awam.

 

TAMAN EKO ULU MUDA

Taman Eko Ulu Muda merupakan hutan warisan negeri dan amat kaya dengan perlbagai spesis flora dan fauna. Ia terletak 95km dari Bandar Alor Setar dan 23km dari Pekan Sik. Ia mudah dihubungi oleh pelancong melalui jalanraya dan seterusnya menaiki pacuan empat roda ke dalam kawasan hutan. Selain itu, bot-bot nelayan juga disediakan untuk membawa pelancong ke kawasan hutan dengan melalui Tasik Muda.

Ulu Muda adalah salah satu daripada 10 destinasi eko pelancongan istimewa di Malaysia. Ulu Muda mempunyai ciri-ciri flora yang kaya dnegan elemen Thai-Burma yang kekal lebih 130 juta tahun serta terdapat kepelbagaian dan kepadatan sira (salticks) dan air panas (hot spring) sebanyak 10 lokasi yang penting untuk fauna. Terdapat beberapa gua batu kapur yang menarik malah pengunjung dapat melihat spesis kelawar di dalam gua-gua tersebut iaitu 53% spesis yang terdapat di Malaysia. Terdapat juga 109 spesis fauna (termasuk 17 mamalia besar) dan spesis yang hampir pupus.

Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan di Taman eko ulu muda seperti berkhemah, kembar, memerhati unggas dan haiwan liar, memancing dan aktiviti menyusuri sungai/tasik. Taman Eko Ulu Muda merupakan hutan warisan negeri dan amat kaya dengan perlbagai spesis flora dan fauna. Ia terletak 95km dari Bandar Alor Setar dan 23km dari Pekan Sik. Ia mudah dihubungi oleh pelancong melalui jalanraya dan seterusnya menaiki pacuan empat roda ke dalam kawasan hutan. Selain itu, bot-bot nelayan juga disediakan untuk membawa pelancong ke kawasan hutan dengan melalui Tasik Muda.

 

HUTAN LIPUR LATA LEMBU / LATA EMBUN

Hutan Lipur Lata Lembu adalah berhampiran dengan Hutan Lipur Lata Mengkuang.


Hutan Lipur Lata Lembu mendapat namanya daripada batu-batan yang terdapat di bawah air terjun disini yang berbentuk seakan lembu. Kawasan hutan jeram ini dari jenis Hutan Dipterokarpa Bukit yang mempunyai pelbagai flora dan fauna. Tumbuhan utama yang boleh ditemui ialah Meranti Melantai, Meranti Langgong dan Meranti Tembaga.

Antara elemen semulajadi yang terdapat di kawasan Hutan Lipur Lata Lembu ialah rangkaian air terjun semulajadi setinggi 30 meter dan jeram yang berpunca dari Bukit Semerliang dan mengalir melalui Sungai Lata Lembu dan Sungai Semerliang.

Aktiviti riadah utama di hutan lipur ini ialah perkhemahan, menjejak fauna dan menikmati keindahan alam semulajadi. Disamping itu, pengunjung boleh bersiar-siar, mendaki gunung dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini. Satu denai hutan sepanjang 5 kilometer boleh menghubungkan ke Hutan Lipur Lata Mengkuang.

Kemudahan disediakan untuk pengunjung mandi manda, berkelah, berkhemah  dan merentas denai hutan. Hutan lipur ini berjarak 16km dari Pekan Sik dan 95 kilometer dari Alor Setar.

 

HUTAN LIPUR LATA MENGKUANG

Terletak dalam Hutan Simpan Rimba Teloi kawasan 72 dengan kedudukan 12 kilometer dari Pekan Sik atau 95 kilometer dari Bandaraya Alor Star. Dihubungi oleh jalan raya ke Kampung Weng yang berdekatan Sempadan Negara Malaysia-Thailand
daerah sik negeri kedah darul aman, kedahlanie, kedah lanie, kedah online
Hutan Lipur Lata Mengkuang terdiri daripada Hutan Dipterokarp Pamah yang terletak sekitar 200 meter dari paras laut. Di sini terdapat pelbagai flora dan fauna seperti pokok Meranti Melantai, Meranti langgong, Meranti tembaga serta Palma. Terdapat sebatang sungai yang bernama Sungai Chepir yang mengalir di hutan lipur ini yang mempunyai aliran air yang jernih serta pemandangan batu-batan yang menarik sesuai untuk tempat perkelahan dan mandi-manda.
daerah sik negeri kedah darul aman, kedahlanie, kedah lanie, kedah online
Terdapat denai hutan dari jalan balak lama sepanjang 5 km yang menghubungkan hutan ini dengan Hutan Lipur Lata Lembu. Kemudahan asas disediakan seperti untuk mandi, berkelah, berkhemah dan trekking. Di sini pengunjung boleh menjalankan aktiviti bersiar-siar, mendaki gunung dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan hutan lipur ini.

Berasaskan elemen semulajadi yang menarik dan kemudahan yang disediakan, hutan lipur ini amat sesuai untuk aktiviti perkelahan, perkhemahan dan jungle treking.

 

HUTAN LIPUR HUJAN LEBAT


Hutan Lipur Hujan Lebat terletak hampir 30 km dari Pekan Sik dan mudah dihubungi melalui Jalan Sik-Gulau serta melalui Kg.Melaka dan Kg.Landai.Keistimewaan hutan lipur ini adalah keindahan rangkaian air terjun dan kolam takungan yang mengalir melalui sungai di kawasan berhampiran.Kawasan hutan lipur ini amat sesuai untuk aktiviti riadah seperti berkelah, mandi-manda dan aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan menjejak denai hutan.dan aktiviti menyusuri sungai/tasik

 

TAMAN RIMBA TAKWA, SIK

Hutan Lipur Perangin Sik / Rimba Taqwa merupakan kawasan perkelahan awam berunsurkan alam semulajadi. Ia terletak berhampiran Pekan Sik iaitu sekitar 3 km dan mudah dihubungi melalui jalan Sik - Kg. Sik Dalam.Hutan Lipur ini amat sesuai untuk aktiviti perkelahan keluarga, mandi-manda, aktiviti berkumpulan dan aktiviti lasak yang mencabar. Antara aktiviti lasak yang dijalankan di Kem Rimba Takwa termasuklah 'elements of obtacles course, initiative elements, low elements dan high elements, aktiviti berkayak dan jungle treking. Kemudahan yang disediakan adalah seperti kemudahan penginapan yang mengandungi chalet, dormitori, dewan utama, bilik persidangan, dewan bankuet, restoran, gerai, kemudahan rekreasi sukan air dan permainan in-door.Untuk tempahan Chalet :SEMARAK LAGENDA SDN. BHD.No. Telefon : 04-4693629 ,NO. Fak : 04 -4692629.

HOMESTAY KAMPUNG JELUTONG

Kampung Jelutong dikelilingi dengan kawasan tarikan semulajadi yang menjadi perhatian pengunjung dan pelancong seperti kawasan jeram dan aliran sungai yang menjadi pusat rekreasi bagi penduduk tempatan, tapak perkhemahan dan aktiviti pendakian bukit di kawasan hutan simpan berhampiran.Kampung Jelutong sering menerima kunjungan golongan belia dan pelajar melalui program keluarga angkat anjuran agensi-agensi tertentu. Pelbagai aktiviti dirangka bagi menarik perhatian pengunjung.

 

MUDA RESORT KOTA AUR .

MUDA RESORT KOTA AUR dimajukan dan diuruskan oleh pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Pusat percutian ini terletak hampir 40km dari Pekan Sik dan 4 km dari Tasik Muda. Keistimewaan resort ini ialah ia dikelilingi dengan kawasan hutan simpan dan dusun buah-buahan tropika dengan persekitaran udara yang nyaman. Produk dan tarikan utama yang ditawarkan oleh pihak MADA di resort ini ialah produk agro- eko pelancongan khususnya lawatan ke dusun buah-buahan, ternakan rusa, cruise Tasik Muda, jugle tracking, lawatan ke kolam air panas dan memancing. Antara kemudahan yang disediakan termasuklah kemudahan penginapan khususnya chalet ,dormitori dan rumah rehat, kafetaria, dewan persidangan dan bilik mesyuarat, tapak perkhemahan, padang permainan/sukan, kolam renang, gelanggang tenis dan surau.

 

KEDA RESORT BENDANG MAN

KEDA RESORT BENDANG MAN dimajukan dan diuruskan oleh Pihak Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Ia terletak di Kg. Bendang Man, Mukim Sik. Keistimewaan resort ini ialah ia terletak di hutan simpanan Rimba Teloi, Daerah Sik yang mengandungi anak Sg. Chepir yang mengalir jernih serta rangkaian jeram dan kawasan dusun buah-buahan seluas 75.8 hektar. Terdapat tanaman campuran durian (40 hektar) dan rambutan (35.8 hektar).

Antara kemudahan yang disediakan untuk keselesaan pengunjung termasuklah chalet, asrama/dormitori, kawasan perkhemahan dan perkelahan, dewan serbaguna, tempat makan, surau, wakaf/pondok rehat dan tempat letak kereta. Aktiviti yang sering dijalankan di resort ini adalah kem motivasi, kursus dan mesyuarat/taklimat, memancing, melawat kawasan dusun, jungle traking, perkhemahan dan aktiviti perkelahan.


UNTUK KE PROJEK BENDANG MAN, SIK

Anda boleh ke sana berkereta dari Alor Star atau Sungai Petani melalui Pekan Jeniang dan Pekan Sik. Kawasan projek terletak 10km dari Pekan Sik bersebelahan jalan utama Sik ke Weng, Baling mengambil masa 15 minit untuk sampai ke sana.

MUSIM BUAH Jun - Ogos

LAIN-LAIN KEMUDAHAN

Anak sungai Chepir mengalir jernih, Bekalan elektrik dan air makan, Kawalan keselamatan 24 jam, Tandas Awam,Surau, Tapak perkhemahan, Kawasan perkelahan, PAKEJ A (RM15.00 seorang). Melawat Kem Agro Eko pertanian ladang getah Pantai Molek, Sik, Kedah Darul Aman. Aktiviti Memancing, Sukan Air/kayak/perahu layar/berakit/boating, Offroad 4x4, Wall/Rock Climbing, Plot Demo Getah . PAKEJ B (RM10.00 SEORANG)

Melawat ladang-ladang KEDA (Pusat Semaian Charuk Tualang, Sik, Pokok Herba (misai kucing, nilam, serai wangi dan kopi memprosesan biji kopi)

Untuk makluman lanjut dan tempahan sila hubungi :Pengurus Niagatani, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Peti surat 195, 05720 Alor Star, Kedah Darul Aman, Tel :04-7205300, Fax : 04-7332085 atau  Pengurus, Projek Dusun Buah-Buahan Bendang Man/Keda Resort, Kampung Bendang Man, 08200 Sik,Kedah Darul Aman.Tel : 04-4693771 / Fax : 04-4693701

 

TAMAN KOPI DAN HERBA CHAROK TUALANG

Taman Kopi dan Herba Charuk Tualang merupakan taman mini yang mempamerkan produk tanaman herba hutan seperti kacip fatimah dan tongkat ali serta pelbagai spesis herba yang terdapat dalam kawasan hutan simpan Daerah Sik khususnya Hutan Simpan Bukit Enggang, Hutan Simpan Ternas , Hutan Simpan Ternas, Hutan Simpan Rimba Teloi dan Hutan Simpan Ulu Muda.


Taman Kopi dan Herba ini merupakan projek Jabatan Perhutanan Kedah Selatan dengan kawasan seluas 2 hektar dan ia terletak berhampiran Pejabat Renjer Jeniang/Sik serta mudah dihubungi melalui jalan utama Jeniang - Sik - Gurun. Ia menjadi pusat rujukan kepada ahli penyelidik, pengunjung dan pelancong yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan spesis herba hutan yang terdapat di Daerah Sik.

 

BERIS  LAKE VINEYARD (LADANG ANGGOR TASIK BERIS), SIK, KEDAH DARUL AMAN.

LADANG ANGGOR di usahakan oleh Syarikat EXCEL AGROTECH , merupakan sebuah syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2007. Syarikat ini mempunyai dua ladang anggur iaitu di pinggir kawasan Empangan Beris yang mempunyai keluasan 4 ekar dengan jumlah tanaman anggor sebanyak 1000 pokok dan di Sungai Senam dengan keluasan 30 ekar dengan jumlah tanaman sebanyak 7000 pokok. 

Objektif utama mengusahakan ladang anggur ini adalah untuk menyahut seruan kerajaan supaya badan korporat menceburi bidang pertanian. Fokus utama adalah menjadikan Daerah Sik sebagai salah satu destinasi pelancongan iaitu dalam sektor agrotourism. Wujudnya tanaman anggur di daerah Sik membukti anggur bukan sahaja boleh ditanam pada iklim sejuk tetapi cuaca yang panas, juga sesuai ditanam.

Dengan adanya ladang anggur di daerah ini dapat membantu dan menggalakkan proses pembelajaran dalam bidang tanaman yang baru yang mana setiap hari menerima kunjungan daripada badan kerajaan, swasta, institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah yang berminat mengetahui cara-cara penanaman anggur. Anggur ditanam menggunakan kaedah biji benih, keratan ranting, tunas dan penghasilan tisu kultur.  Untuk mengeluarkan hasil yang baik tanaman anggur ini mengambil masa 10 hingga 12 bulan untuk matang. Black Grape, White Malaga dan Losu Plite antara jenis yang ditanam untuk pasaran tempatan. Gerai jualan hasil dibuka dari 9.30 pagi hingga 6.30 petang atau hubungi BERIS LAKE VINEYARD (LADANG ANGGUR TASIK BERIS) Lot 264, Kampung Ternas, 08200 Sik, Kedah Darul Aman. Tel : 04-4620466, H/P: 019-5667908, Email : Excel agro @ yahoo.com..

 

 SIK INN

Suasana yang indah dan damai serta mempersonakan pasti memukau sesiapa sahaja. Sik Inn merupakan destinasi yang mempunyai keindahan dan ketenangan dengan landskap yang begitu indah. Sik Inn terletak di Pekan Sik. Ia menyediakan kemudahan penginapan kepada para pengunjung. Terdapat tiga jenis bilik yang disediakan iaitu standard, deluxe dan vip. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan mengikut jenis bilik. Sik Inn juga mempunyai kemudahan bilik seminar, bilik mesyuarat dan ruang menjamu selera yang selesa. 

KADAR HARGA SIK INN

STANDARD  - Kadar sehari RM70.00 sebilik, mempunyai 6 bilik berhawa dingin 

DELUXE - Kadar sebilik RM100.00 sebilik, mempunyai 7 bilik berhawa dingin 

VIP - Kadar sehari RM140.00 sebilik, mempunyai 3 bilik berhawa dingin 

DEWAN ANGGERIK - Kadar 1 sesi RM200.00 berhawa dingin boleh memuatkan 180 orang

DEWAN TERATAI - Kadar 1 sesi RM100.00 boleh memuatkan 50 orang

BILIK MESYUARAT TERATAI - Kadar sehari RM70.00 boleh memuatkan 15 orang 

MEDAN SELERA TANJUNG - Kadar sehari RM125.00 untuk lebih dari 30 orang, Kadar sehari RM70.00 untuk kurang dari 30 orang

HOTEL MELOR

Alamat surat-menyurat

Yang Dipertua
Majlis Daerah Sik
08200 Sik
Kedah Darul Aman
(U.P. : Pengurus Sik Inn)

No. Tel : 04-4695394
No. Faks : 04-4695448

Alamat Hotel Melor

Hotel Melor
08200 Sik
Kedah Darul Aman

No. Tel: 04-4694288

 

SEJARAH TASIK BERIS

Tasik Beris merupakan sebuah tasik buatan manusia di Malaysia, yang terbentuk hasil dari pembinaan empangan Beris iaitu pada 10 Ogos 2000. Terletak di daerah Sik, Kedah, ia asalnya adalah sebuah kampung yang bernama Kampung Sungai Batang yang terdapat didalam kampung ini ialah Kampung Kuala, Kampung Baru, Kampung Tengah, Kampung Paya dan Kampung Besar. Jauhnya tasik ini dari Pekan Sik adalah lebih kurang 24 km atau dari Alor Setar iaitu 90 km dan kira-kira 1.6 km dari pertemuan antara Sungai Beris dan Sungai Muda. Sewaktu Kampung Sungai Batang masih wujud, kegiatan harian penduduknya ialah sebagai petani seperti menjadi pesawah, penoreh getah.

Terdapat dua batang sungai yang bersambung di Kampung Kuala dan sungai ini akan bersambung ke Sungai Muda. Sungai yang dimaksudkan ialah Sungai Kuala dan Sungai Batang. Air yang datang dari hulu Sungai Batang begitu banyak yang memberikan potensi untuk diwujudkan Tasik Beris.

Ketika Tasik Beris dalam proses pembinaan lebih seribu kubur telah dipindahkan pada tahun 2002. Kampung yang telibat ialah Kampung Batu Seketol, Kampung Sungai Batang (Kampung Kuala, Kampung Baru, Kampung Tengah, Kampung Paya dan Kampung Besar), Kampung Ternas dan Kampung Telaga Batu. Penduduk-penduduk kampung tersebut sekarang ditempatkan di Bandar Baru Beris Jaya (BBBJ) kira-kira 10 kilometer dari Pekan Sik dan 5 kilometer dari Pekan Jeniang

Penduduk-penduduk kampung menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan Sungai Batang untuk mendapatkan pendidikan awal. Tapak sekolah asal telah ditenggelami air empangan Beris. Sekolah tersebut telah ditukarkan nama kepada Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya terletak berhampiran dengan penempatan penduduk-penduduk kampung di Bandar Baru Beris Jaya.

Ekonomi

Kini Tasik tersebut berpotensi dibangunkan sebagai pusat pelancongan air.Terdapat beberapa chalet yang boleh disewa dengan kadar yang berpatutan. Pengusaha chalet menyediakan beberapa kemudahan aktiviti untuk penyewa disamping dapat menikmati suasana sunyi di sekitar tasik ini.

Disamping itu terdapat ladang anggur seluas 34 ekar, yang boleh dilawati dengan bayaran masuk yang berpatutan. Di ladang Anggur Tasik Beris ini pengunjung boleh melihat bagaimana bentuk pokok dan buah anggurnya.

SEJARAH PENUBUHAN BANDAR BARU BERIS JAYA (BBBJ)

Secara ringkasnya sejarah penubuhan Bandar Baru Beris Jaya (BBBJ) berikutan peristiwa pembinaan Empangan Beris yang terletak kira-kira 24 km dari Pekan Sik dan 90 km dari Alor Setar. Pembinaan empangan ini dalam masa yang sama telah mewujudkan sebuah tasik buatan manusia iaitu Tasik Beris. Keindahan Tasik Beris menjadi sebutan ramai.

Penduduk BBBJ berasal dari beberapa buah kampung di Sik iaitu Kampung Batu Seketol, Kampung Sungai Batang, Kampung Ternas dan Kampung Telaga Batu. Malah ketika pembinaan Empangan Beris, kira-kira seribu kubur telah dipindahkan ke kawasan perkuburan baharu. 

Pihak kerajaan telah bersetuju menjadikan BBBJ sebagai penempatan baharu kepada penduduk yang tinggal di kawasan yang terjejas akibat pembinaan empangan tersebut. Kira-kira 600 buah rumah telah didirikan di sini.  Nama BBBJ diambil sempena nama Tasik Beris dan Empangan Beris.

Penempatan BBBJ dibuka pada tahun 2002. Kini, setelah beberapa tahun, pembangunan semakin dapat dirasai oleh penduduk di kawasan ini. Sebagai sebuah bandar terancang, segala kemudahan lengkap di kawasan ini.

Penempatan Baharu

andar Baru Beris Jaya (BBBJ) terletak kira-kira 10 km dari Pekan Sik dan lima kilometer dari Pekan Jeniang. BBBJ merupakan sebuah bandar terancang yang telah didirikan pada sekitar tahun 2002. BBBJ juga terletak berdekatan dengan sebuah empangan yang diberi nama Empangan Beris.

Projek pembinaan empangan tersebut telah mengakibatkan beberapa buah kampung ditenggelami air. Penduduk yang kehilangan tempat berteduh akibat projek tersebut, telah diberi pampasan dan ditempatkan di sebuah penempatan terancang yang diberi nama Bandar Baru Beris Jaya. Melalui pembinaan Empangan Beris, maka terhasillah sebuah tasik buatan manusia yang dipanggil Tasik Beris. Pemandangan di Tasik Beris pastinya memukau setiap mata yang memandang. Landskapnya yang berlatar belakangkan bukit-bukau yang diselubungi kabus pasti membuatkan pengunjung terasa seolah-olah berada di Sabah.

Projek empangan yang menelan kos jutaan ringgit ini telah memberi kehidupan yang lebih baik kepada penduduk di BBBJ. Kehidupan mereka lebih teratur dan terancang. Segala kemudahan disediakan selengkapnya bagi membolehkan mereka menjalankan segala urusan.

Bagi yang ingin berkunjung ke BBBJ, bolehlah menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dari Sungai Petani menghala ke Alor Star dan Bukit Kayu Hitam. Pengunjung perlu keluar melalui tol Gurun dan menghala ke Jeniang dan Sik. Perjalanan dari plaza tol mengambil masa kira-kira setengah jam. Walau bagaimanapun, perjalanan tidak terasa kerana pengunjung akan terpesona dengan pemandangan sawah padi dan bukit-bukau.Penduduk di BBBJ mengamalkan kehidupan penuh muafakat. Mereka hidup dalam suasana aman damai dan saling bantu-membantu di antara satu sama lain. Dengan kapasiti kira-kira 600 buah rumah dan tinggal di kawasan yang lebih moden, masyarakat di sini masih memegang kuat budaya masyarakat kampung yang mementingkan perpaduan.

SOSIAL EKONOMI

Pekerjaan utama penduduk di Bandar Baru Beris Jaya (BBBJ) ialah menoreh getah. Ia merupakan pekerjaan yang dilakukan oleh mereka ketika masih menetap di kampung asal beberapa tahun yang lalu. Menoreh getah telah sebati dengan diri mereka. Walaupun telah berpindah ke penempatan baharu, mereka masih menjadikan getah sebagai sumber pendapatan utama.

Kemudahan infrastruktur yang telah disediakan oleh pihak kerajaan seperti Kompleks Bengkel Pemprosesan Makanan telah memberi peluang kepada penduduk BBBJ meningkatkan taraf hidup mereka melalui sektor Industri Kecil Dan Sederhana (IKS). Sambutan yang agak menggalakkan diterima dari penduduk BBBJ yang berminat dalam bidang tersebut. Antara bengkel yang terdapat di sini ialah bengkel kuih tradisional dan moden. Selain itu, terdapat juga penduduk yang mengusahakan kedai runcit, membuka bengkel dan sebagainya. Bagi golongan belia, mereka pula lebih suka bekerja di kilang-kilang.

Scan QR KOD

kod1

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia-pngmscMyGovernmentmampu1JPAHRMISgov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

181756
Hari IniHari Ini15
SemalamSemalam47
Minggu IniMinggu Ini300
Bulan IniBulan Ini771
KeseluruhanKeseluruhan181756

Kemaskini

Tarikh
General update: 19-05-2016 02:13