search

Sejarah Pentadbiran

Written by Super User. Posted in Uncategorised

logo

pdsIK

 

PENGENALAN

LATAR BELAKANG PENUBUHAN PEJABAT DAERAH SIK
Pejabat Daerah Sik merupakan sebuah badan kerajaan yang bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar dan strategi kerajaan sama ada di peringkat pusat mahupun di peringkat negeri. Sesuatu projek pembangunan yang ingin dirancang atau dilaksanakan oleh Pejabat Daerah Sik adalah dari    segi ekonomi, pertanian, pelancongan dan kemudahan asas.                            
 Daerah Sik merupakan daerah yang terbesar di Negeri Kedah yang mempunyai keluasan seluas 163456 hektar atau 1634km persegi. Daerah Sik terbahagi kepada 4 mukim iaitu Mukim Sik, Sok, Jeneri dan Teloi. Keluasan perkhidmatan Majlis Daerah Sik adalah 401.4 hektar (24013 km persegi). Ianya melibatkan penempatan Pekan Sik, Batu 5 dan Kuala Begia. Daerah Sik terletak di sebelah timur Negeri Kedah dan bersempadan dengan Negara Thailand di bahagian Timur Laut  dan Utara serta besempadan dengan Daerah Baling, Kuala Muda , Pendang dan Padang Terap. 
Sebelum tahun 1950, pentadbiran Daerah Sik adalah ditadbir bersama dengan Daerah Baling. Semua projek pembangunan pada masa itu perlu mendapat pengesahan daripada Pegawai Daerah dan pada waktu itu Tuan Pegawai Daerah berpejabat di Pejabat Daerah Baling. Dalam hal ini, semua projek adalah terbatas. Semasa pentabiran ini, Ketua Penolong Pegawai Daerah sahaja di tempatkan di Pejabat Daerah Sik di atas tanggungjawab Ketua penolong Pegawai Daerah Sik. Selepas tahun 1950, pentadbiran Daerah diwujudkan sepenuhnya dan mempunyai Tuan Pegawai Daerah sendiri yang mentadbir Daerah Sik. Pada penubuhannya Pejabat Daerah Sik ditempetkan di dalam sebuah bangunan kayu yanng berhadapan dengan Mahkamah Majistret Sik. Walaupun bekerja dalam keadaan serba kekurangan, kakitangan Pejabat Daerah Sik tetap menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan dengan lancar dan sempurna.
Kini, bangunan tersebut telah diambil alih oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Sik. Pada tahun 1983, Pejabat Daerah Sik telah dipindahkan ke bangunan baru yang lebih kemas dan kukuh. Bangunan tersebut kini diambil alih oleh Majlis Daerah Sik dan dikongsi bersama beberapa jabatan lain iaitu Pejabat Pertanian Daerah, Pejabat JKR Daerah, Pejabat Zakat Daerah dan Pejabat Hutan Daerah. Pada tahun 1997, Pejabat Daerah SIk sekali lagi berpindah ke bangunannya sendiri. Bangunan tersebut dibina di lokasi yang strategik iaitu di kelilingi oleh jabatan-jabatan yang lain. Ia mempunyai 2 aras, iaitu aras atas merupakan Pentadbiran Daerah manakala aras bawah pula merupakan Pentadbiran Tanah. 

Scan QR KOD

kod1

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia-pngmscMyGovernmentmampu1JPAHRMISgov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

181757
Hari IniHari Ini16
SemalamSemalam47
Minggu IniMinggu Ini301
Bulan IniBulan Ini772
KeseluruhanKeseluruhan181757

Kemaskini

Tarikh
General update: 19-05-2016 02:13