search

Cukai Hiburan

Written by Super User. Posted in Uncategorised

 

logo

(ENAKMEN HIBURAN DAN TEMPAT-TEMPAT HIBURAN 1997)

Terdapat 2 jenis permohonan Lesen Hiburan iaitu :-

Lesen Hiburan - Premis

Lesen Hiburan - Tiada Premis

LESEN HIBURAN

Premis Berikut adalah senarai hiburan yang termasuk dalam kategori di atas :

Billiard/Snooker,Bowling,Pawagam Mini (Cineplex),Karaoke,Kugiran dan Nyanyian (Live Band),Pusat Hiburan Keluarga,Permainan Komputer,Mahjong Persatuan,Corong Muzik,Juke Box,Cyber Cafe.

Permohonan yang ingin memohon lesen harus membuat surat permohonan kepada Bahagian Perlesenan Pejabat Daerah Sik. Bayaran bagi lesen yang mempunyai premsi secara bulanan atau tahunan. Antara dokumen yang perlu diisi lengkap adalah seperti berikut :-

Borang Permohonan Jadual A (6 salinan)

6 keping salinan Kad Pengenalan pemohon (A4)

2 keping gambar pemohon berukuran pasport (Warna)

6 keping salinan Pendaftaran Perniagaan (SSM)

6 salinan Perjanjian Jual Beli/Sewa Bangunan/Geran (Hakmilik)

6 salinan Pelan Lokasi dan lantai bangunan mengikut Pelan Bangunan yang telah diluluskan.

6 keping salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan (disahkan) dan Seanrai AJK bagi permohonan Lesen Mahjong Persatuan.

6 keping senarai nama mesin permainan dan gambar mesin bagi permohonan lesen Pusat Hiburan keluarga, simulator dan permainan komputer.

Setelah semua dokumen lengkap diisi, sila kembalikan kepada pihak Pejabat Daerah Sik bagi proses seterusnya.

Setiap pemohon akan mendapat surat daripada pihak Pejabat Daerah Sik bagi memaklumkan samada permohonan diterima atau ditolak.

LESEN HIBURAN - TIADA PREMIS

Berikut adalah senarai hiburan yang termasuk dalam kategori diatas : Pementasan, Orkestra, Konsert, Akrobatik, Silap mata, Bangsawan, Teater, Wayang Cina, Opera, Wayang Kulit, Wayang Tongkol, Expo, Pameran, Pentas Ria, Tinju, Silat dan lain-lain.

Pemohon yang ingin memohon lesen harus membuat surat permohonan kepada Bahagian Perlesenan Pejabat Daerah Sik. Permohonan harus dibuat dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh pertunjukan. Antara dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :-

Borang permohonan Lesen Pertunjukan Pentas (6 salinan)

6  keping salinan kad pengenalan pemohon (A4) 3. 2 keping gambar pemohon berukuran pasport (warna).

6 salinan butir-butir pementasan

6 salinan butir-butir peserta yang mengambil bahagian

Setelah semua dokumen lengkap diisi, sila kembalikan kepada pihak Pejabat Daerah Sik bagi proses seterusnya. Surat akan dihantar kepada pihak pemohon bagi memberitahu semada permohonan lesen diluluskan atau ditolak.

MAKLUMAN

Sebanyak 6 salinan diperlukan bagi setiap permohonan lesen kerana setiap permohonan perlu dihantar kepada jabatan teknikal untuk sokongan/bantahan : Jabatan yang terlibat adalah :

Pejabat Daerah Sik

Majlis Daerah Sik

Ibu Pejabat Polis Daerah Sik - 2 salinan

Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Sik.

BAYARAN

Bayaran bagi lesen hiburan adalah tertakluk kepada Jadual D Kaerah 6 Enakmen Hiburan dan tempat-tempat hiburan 1997. Jadi ianya berbeza-beza bagi setiap jenis hiburan. Bayaran akan dibuat setelah permohonan lesen diluluskan.


Scan QR KOD

kod1

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia-pngmscMyGovernmentmampu1JPAHRMISgov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

181757
Hari IniHari Ini16
SemalamSemalam47
Minggu IniMinggu Ini301
Bulan IniBulan Ini772
KeseluruhanKeseluruhan181757

Kemaskini

Tarikh
General update: 19-05-2016 02:13